- Sekolah - pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran.
- Persekitaran sekolah - Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.
- Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
- Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
- Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.


Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Kepelbagaian kaedah adalah bertujuan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat, jelas dan benar. Kaedah yang kami gunakan adalah kaedah pemerhatian, temubual dan perbincangan kumpulan. Kami tidak menggunakan kaedah soal selidik kerana data yang akan dapat mungkin tidak jelas dan terlalu umum.
- Temubual
Berdasarkan kajian ini, perbincangan antara ahli kumpulan amat penting untuk memperoleh maklumat dan mencapai satu kata sepakat dalam membuat kajian. Hal ini juga penting untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan di akhir kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
Hubungan sekolah dan masyarakat
Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya kepada generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Hubungan sekolah dan ibu bapa
- Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
- Membantu dalam memajukan perkembangan murid
- Menjaga kebajikan murid
- Menambah sumber kewangan sekolah
- Meningkatkan keceriaan premis sekolah
- Menjayakan aktiviti dan program pendidikan
Institusi Masyarakat /Pihak Luar
- Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seorang pelajar
- Kerjasama erat antara sekolah dengan komuniti luar membantu mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru
- Contohnya : persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid
Cabaran-cabaran yang dihadapi
KESIMPULAN
DAPATAN KAJIAN
Hubungan sekolah dan masyarakat
Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya kepada generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Hubungan sekolah dan ibu bapa
- Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
- Membantu dalam memajukan perkembangan murid
- Menjaga kebajikan murid
- Menambah sumber kewangan sekolah
- Meningkatkan keceriaan premis sekolah
- Menjayakan aktiviti dan program pendidikan
Institusi Masyarakat /Pihak Luar
- Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seorang pelajar
- Kerjasama erat antara sekolah dengan komuniti luar membantu mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru
- Contohnya : persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid
- Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa
- Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak anak sepenuhnya kepada guru
- Apabila anak mereka terlibat dengan masalah sosial, ibubapa mudah menuding jari ke arah guru guru dan pihak sekolah
KESIMPULAN
Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
No comments:
Post a Comment