Saturday, November 24, 2018

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN
  • Sekolah - pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran.
  • Persekitaran sekolah - Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.
  • Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
  • Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  • Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.
Image result for sekolah dan persekitaran

Image result for sekolah dan persekitaran

Related image

Related image

Sunday, October 14, 2018

3 TEORI UTAMA DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


FUNGSIONALISME

  •  Mengkaji perlakuan sosial / institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
  •  Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
  •  Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat


KONFLIK

  • Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat 
  •  Berlaku konflik dalam struktur masyarakat 
  •  Mengkritik kapitalisme 
  • Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

 INTERAKSIONISME SIMBOLIK

  • Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat 
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif 
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya 
  • Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai
  •  Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Sosiologi Pendidikan

Definisi Sosiologi Pendidikan secara umum ilmu yang mengkaji semua aspek pendidikan, baik struktur, dinamik, masalah pendidikan, atau aspek lain secara mendalam melalui analisis atau pendekatan sosiologi.

Manusia adalah makhluk sosial, yang selalu berkumpul dan memerlukan satu sama lain. Kajian sosiologi pendidikan menekankan implikasi dan akibat sosial dari pendidikan dan memandang masalah-masalah pendidikan dari sudut keseluruhan sosial budaya, politik dan ekonomi bagi masyarakat. Apabila psikologi pendidikan memandang gejala pendidikan dari konteks perilaku dan perkembangan peribadi, maka sosiologi pendidikan memandang gejala pendidikan sebagai sebahagian daripada struktur sosial masyarakat. Dilihat dari objek penyelidikannya sosiologi pendidikan adalah sebahagian dari ilmu sosial terutama sosiologi dan ilmu pendidikan yang secara umum juga merupakan sebahagian daripada kumpulan ilmu sosial. Sedangkan yang termasuk dalam skop ilmu sosial antara lain: ilmu ekonomi, ilmu hukum, ilmu pendidikan, psikologi, antropologi dan sosiologi. Dari sini jelas kedudukan sosiologi dan pendidikan.

Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan telah mempunyai lapangan penyelidikan, sudut pandang, kaedah dan susunan pengetahuan yang jelas. Objektif penyelidikan adalah tingkah laku manusia dan kumpulan. Perspektifnya memandang sifat masyarakat, budaya dan individu secara saintifik. Sedangkan susunan pengetahuannya terdiri dari atas konsep-konsep dan prinsip-prinsip mengenai kehidupan kelompok sosial, kebudayaan dan perkembangan peribadi. Dengan segala keunikan yang dimiliki oleh sosiologi pendidikan, kali ini kami selaku pemakalah akan membahas pengertian, ruang lingkup, sejarah, dan tujuan dan kegunaan sosiologi pendidikan.

Sekolah dan Persekitaran

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN Sekolah - pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat me...